Peruncit pakaian sukan, Al-Ikhsan bersama Football Republic melancarkan satu kempen bernama World Football Festival 2022 bagi meraikan saingan Piala Dunia yang akan bermula 20 November kelak.
Pelbagai acara diatur sepanjang kempen ini bagi membawakan kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai-kedai mereka.
Antaranya berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Adidas untuk sebuah siri jelajah “Adidas Official Match Ball Roadshow” di lima lokasi pilihan di seluruh semenanjung Malaysia.
Selain itu, mereka turut bekerjasama dengan Media Prima Audio selaku rakan radio strategik bagi kempen ini.
Menerusinya, kedua-duanya akan melakukan jejalah dengan disertai beberapa aktiviti seperti siaran luar secara langsung, permainan santai dan penampilan penyampai radio stesen di bawah naungannya seperti Hot FM, Fly FM, Buletin FM dan Molek FM.
Tambahan lain, penyokong bola sepak juga berpeluang untuk memenangi jersi eksklusif secara “on air” menerusi rangkain radio terbabit yang akan diumumkan kelak.
Pada masa yang sama, sepanjang tempoh kempen ini, Al-Ikhsan ingin menjadikan kedai-kedainya sebagai destinasti nombor satu untuk musim bola sepak dengan produk berlesen rasmi daripada FIFA.
Di sini, pengunjung berpeluang untuk mendapat pelbagai cederamata FIFA seperti keychain, lanyard, mug, payung, baju dan sebagainya pada harga yang berpatutan.