Artikel

Premier League 2023-24 Umum Rehat Pertengahan Musim Selama Seminggu

Perjalanan saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022-23 belum lagi mencapai separuh jalan namun pihak pentadbirnya telah pun berkongsikan mengenai tarikh-tarikh penting bagi musim berikutnya, 2023-24.

Menerusi makluman rasmi di laman sesawangnya, saingan bagi musim tersebut akan kembali dijalankan secara normal sepertimana musim-musim tanpa pandemik covid-19 dan rehat bagi saingan Piala Dunia 2022.

Perlawanan minggu pertama bagi saingan musim itu dijadualkan bermula pada 12 Ogos 2023 iaitu 76 hari selepas tamatnya kempen musim 2022-23 ini. Sementara itu, perlawanan penutup tirai pula dijadualkan pada 19 Mei 2024 – dua minggu sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Menariknya, kempen EPL musim itu juga akan disertakan dengan rehat pertengahan musim buat julung kalinya. Ianya ditetapkan bermula 13 hingga 20 Januari 2024.

Selain itu, bagi mengatasi isu jadual padat ketika perayaan Krismas dan Tahun Baru, pihak penganjur turut mengesahkan tidak akan mengadakan dua pusingan perlawanan berturut-turut dalam tempoh masa 48 jam. 

Featured Image: Premier League

komen