Siri Antarabangsa Malaysia: Tiada Kelibat Perseorangan Wanita Negara Di Pentas Suku Akhir
November 10, 2022 Hafizuddin Omar

Pentas suku akhir bagi kategori perseorangan wanita di kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Arena Badminton Perak tidak akan diserikan oleh sebarang wakil negara.

Ini selepas dua wakil akhir negara, Siti Nurshuhaini dan Karupathevan Letshanaa yang beraksi di Pusingan 16 sebentar tadi mengalami kekalahan di tangan lawan masing-masing sekaligus gagal meneruskan kemaraan.

Nurshuhaini yang berada di ranking ke-180 merekodkan kekalahan di tangan pemain Taiwan yang berada di tangga ke-194, Chiu Pin-Chian secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 14-21 dalam masa 35 minit.

Manakala Letshanaa, ranking ke-253, yang turut berhadapan dengan pemain dari Taiwan, Chen Su Yu juga menanggung kekalahan secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 12-21 dalam tempoh 35 minit permainan di atas gelanggang.

Sebelum itu, seramai lima perseorangan wanita negara terpaksa akur kandas seawal Pusingan 32. Lima pemain terbabit ialah Kasturi Radhakrishnan, Venosha Radhakrishnan, Tan Zhing Yi, Ong Xin Yee dan Myisha Mohd Khairul.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen