Artikel

England Sudah Tidak Takut-Takut Untuk Berkata Mampu Menjuarai Piala Dunia

Skuad bola sepak kebangsaan England tidak lagi takut-takut untuk berkata mampu menjuarai Piala Dunia pada edisi kali ini. Perkara itu diungkapkan dan dipercayai sendiri oleh penyerang utamanya, Harry Kane.

Menurut pemain berusia 29 tahun itu lagi, perkara ini seumpama satu ketakutan buat anggota skuad England untuk meluahkan kemahuan memenangi Piala Dunia kira-kira sedekad yang lalu.

Namun perkata itu tidak lagi menjadi ketakutan lebih-lebih lagi ketika di bawah bimbingan ketua jurulatih, Gareth Southgate.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Sky Sports berkata, “Kami perlu percaya bahawa kami boleh memenanginya,”

“Saya lihat di England sekitar 10, 15 tahun lalu dan kami seakan-akan takut untuk berkata mahu memenanginya. 

“Saya fikir salah satu perubahan besar yang kami lakukan dalam empat atau lima tahun lalu bersama Gareth (Southgate) adalah tidak takut untuk mengatakan (mahu memenanginya).

“Lihat, kami sertai kejohanan ini untuk memenanginya kerana percaya kami mampu. Adalah salah untuk berfikir sebaliknya. Apa gunanya ke Piala Dunia dan tak mempercayai yang kita mampu membawa pulang trofi ke tanah air?

“Sudah tentu ianya akan sukar dan kami perlu bekerja sangat keras, mempunyai sedikit nasib dan banyak perkara yang mendatang untuk mencapainya.

“Tetapi saya fikir penting untuk tidak takut untuk berkata mengenainya, itulah perkara yang akan kita lakukan.” katanya. 

Untuk makluman semua, skuad berjulukan The Three Lions ini telah diundi dalam Kumpulan B dan akan membuka kempen dengan menentang Iran diikuti Amerika Syarikat dan Wales. 

Walaupun prestasi mereka pada akhir-akhir ini tidak begitu memberangsangkan, Selaku semi-finalis Piala Dunia edisi lalu serta naib juara Euro 2020, England tetap menjadi salah satu pilihan ramai untuk menjuarai kejohanan di berlangsung Qatar ini.

Sebagai rekod, England pernah menjulang trofi Piala Dunia sebanyak sekali sahaja iaitu pada tahun 1966.

Featured Image: England Football Team

komen