Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa mengharungi perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Likas dengan 10 pemain.
Situasi itu terpaksa dilalui oleh finalis Piala Malaysia edisi lalu bermula pada minit ke-73 ekoran pertahanannya, Feroz Baharudin dilayangkan kad merah oleh pengadil, Razlan Joffri Ali setelah mendapat kad kuning kedua.
Bagaimanapun, skuad berjulukan Harimau Selatan sempat mendapatkan bekalan satu gol pada separuh masa pertama hasil jaringan oleh Arif Aiman Hanapi pada minit ke-34.
34' GOL | Arif Aiman Hanapi melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk gol pembukaan di Kota Kinabalu!@SabahFCofficial 0-1 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/NVDphuYmsf
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 15, 2022
Jaringan itu dijelmakan menerusi satu sepakan kaki kiri Arif dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran daripada penyerang, Bergson da Silva.
Sementara itu, pasukan tuan rumah bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal meraih sebarang jaringan dan perlawanan tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada JDT.
Kedudukan agregat 1-0 ini sekaligus membuatkan Sabah bakal turun tanpa sebarang bekalan gol untuk mengharungi baki 90 minit permainan pada aksi timbal balik pada Ahad nanti di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers