Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah 1.5 juta dolar amerika tidak akan disertai perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia.
Perkembangan ini hadir selepas pemain berusia 24 tahun itu tumpas di Pusingan 16 saingan Terbuka Australia – Jelajah Dunia Super 300 – di tangan pemain China, Lu Guang Zu.
Dalam pertarungan terbabit, Zii Jia tumpas menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 22-20, 15-21 dan 16-21 dalam tempoh masa 70 minit permainan.
SATHIO GROUP Australian Open 2022
MS – Round of 16
20 21 21 🇨🇳Guang Zu LU🏅
22 15 16 🇲🇾Zii Jia LEE🕗 in 70 minutes
https://t.co/PZra4PSt2S— BWFScore (@BWFScore) November 17, 2022
Kekalahan itu menyebabkan Zii Jia hanya membawa pulang 2,750 mata sahaja daripada saingan ini. Ini bermakna pungutan mata akhir Zii Jia dalam Ranking Jelajah Dunia BWF adalah sebanyak 57,680 mata dan kekal di tangga kesembilan pada musim ini.
Untuk makluman, setelah berhasil merakamkan kemaraan ke peringkat suku akhir, pungutan mata Guang Zu yang berada di tangga kelapan pada ketika ini sudah mencecah 61,160 mata.
Pungutan mata itu sekaligus mengesahkan dirinya selaku pemain kelapan merangkap terakhir yang mata kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 yang akan dilangsungkan di Bangkok, Thailand pada bulan hadapan.
Featured Image: Badminton Asia
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!