Skuad bola sepak Arab Saudi memulakan kempen Piala Dunia 2022 Qatar dengan satu kejutan apabila menumpaskan juara dunia sebanyak dua kali iaitu Argentina.
Perlawanan pertama melibatkan saingan peringkat Kumpulan C itu menyaksikan Argentina terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan oleh kaptennya, Lionel Messi seawal minit ke-10.
Bagaimanapun, Arab Saudi bimbingan Herve Renard bangkit pada babak kedua dengan menjaringkan dua gol menerusi Saleh Alshehri dan Salem Aldawsari pada minit ke-48 dan ke-53
Kedudukan 2-1 itu kekal bertahan sehingga pengadil perlawanan, Slavco Vincic dari Slovenia meniup wisel menamatkan perlawanan sekaligus menghadiahkan skuad berjulukan The Green Falcons ini tiga mata pertama dalam kancah Piala Dunia ini.
#خادم_الحرمين_الشريفين يوجه أن يكون يوم غد الأربعاء إجازة لجميع الموظفين في كافة قطاعات الدولة والقطاع الخاص والطلبة والطالبات في جميع المراحل التعليمية.#واس pic.twitter.com/yRdz7mEojN
— واس الأخبار الملكية (@spagov) November 22, 2022
Susulan dengan kejutan ke atas Argentina itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud menitahkan pengisytiharaan cuti pada Rabu (hari ini) menerusi akaun Twitter rasmi kerajaan pada malam tadi.
Difahamkan, cuti itu tertakhluk kepada semua pekerja sektor kerajaan dan swasta, serta pelajar lelaki mahupun wanita di pelbagai peringkat di seluruh negara itu.
Sebagai rekod, ini merupakan penyertaan kali keenam Arab Saudi di pentas Piala Dunia. Dan kemenangan ke atas Argentina ini merupakan yang keempat sepanjang mereka beraksi di pentas terulung bola sepak ini.
Untuk perlawanan berikutnya, Arab Saudi dijadualkan menentang Poland pada Sabtu (26 November) dengan sepak mula pada jam 9 malam waktu Malaysia.
Featured Image: FIFA World Cup