Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo bukan lagi merupakan pemain Manchester United dan kini berstatus pemain ejen bebas.
Perkembangan ini hadir selepas Manchester United mengumumkan mencapai persetujuan bersama untuk berpisah dengan Ronaldo berkuat kuasa serta-merta.
Pengumuman itu hadir menerusi satu kenyataan sebanyak 67 perkataan diterbitkan di laman sesawang rasminya pada awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo is to leave Manchester United by mutual agreement, with immediate effect.
The club thanks him for his immense contribution across two spells at Old Trafford.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) November 22, 2022
Dalam kenyataan yang sama, Manchester United mengucapkan terima kasih atas sumbangannya yang kini merekodkan jaringan sebanyak 145 gol serta 346 penampilan secara keseluruhan.
Dalam keadaan ini, mana-mana kelab boleh mendapatkan khidmat penyerang berusia 37 tahun ini secara percuma tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk menebus kontraknya bersama Manchester United.
Bagaimanapun, tumpuan utama Ronaldo pada ketika ini pastinya bukan mengenai kelab yang akan disertainya sebaliknya adalah skuad kebangsaan negaranya, Portugal di pentas Piala Dunia 2022 Qatar.
Featured Image: Selecoes de Portugal