Artikel

FIFA Mungkin Terbuka Sekiranya Korea Utara Ingin Anjurkan Piala Dunia Pada Suatu Hari Nanti

Presiden FIFA, Gianni Infantino kini mengatakan beliau terbuka sekiranya Korea Utara ingin menganjurkan Piala Dunia di negara tersebut. Beliau menyasarkan ia akan membantu dalam menyatukan dunia.

Seperti ramai sedia maklum, Piala Dunia FIFA 2022 kini berlangsung di Qatar, yang memperlihatkan pelbagai kaedah Qatar gunakan dalam memperlihatkan budaya arab dan Islam ke dunia.

Presiden FIFA menekankan mereka merupakan badan bola sepak, dan bukannya politik, dan bertujuan untuk menyatukan semua orang.

Malah, beliau mengatakan pernah ke Korea Utara untuk meminta sama ada mereka bersedia untuk anjurkan bersama Piala Dunia Wanita bersama Korea Selatan. Namun, ketika itu, mereka tidak berjaya.

komen