Piala Dunia: Korea Ikat Pasukan No.3 Amerika Selatan Tanpa Sebarang Jaringan
November 24, 2022 β€’ Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak Republik Korea memulakan kempen Piala Dunia 2022 Qatar dengan langkah yang agak positif mengikat pasukan No.3 benua amerika selatan iaitu Uruguay.

Dalam perlawanan ini, Uruguay turun dengan beberapa kelibat pemain ternama seperti Luis Suarez, Darwin Nunez serta Edinson Cavani. Sementara itu, Korea pula dikuatkan dengan kehadiran bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min.

Setelah 90 minit bertarung di Education City Stadium sebentar tadi, kedua-dua penghuni Kumpulan H ini terpaksa akur menamatkan perlawanan ini dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Keputusan ini memberikan kedua-dua pasukan mengutip satu mata masing-masing daripada pertembungan ini.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kesembilan melibatkan Korea dan Uruguay pada peringkat antarabangsa. Keputusan ini menjadikan Korea kini mencatatkan 1 kemenangan, dua seri serta enam kekalahan daripada keseluruhan pertemuan dengan Uruguay.

Untuk perlawanan seterusnya, Korea akan bertemu Ghana manakala Uruguay pula akan menentang Portugal.

Featured Image: FIFA World Cup

Komen