MB Johor Umum 27 Nov Cuti Sempena JDT Ke Final Piala Malaysia
November 25, 2022 Hafizuddin Omar

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan 27 November iaitu Ahad nanti sebagai cuti peristiwa bagi negeri seluruh negeri itu.

Cuti itu diberikan bersempena dengab kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 yang berlangsung pada hari esok.

Cuti itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Ia juga sebagai menghargai sokongan padu yang sentiasa diberikan oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad berjulukan Harimau Selatan ini.

Dalam pengumuman yang sama, Onn turut merakamkan ucapan tahniah ke atas JDT atas kemaraan ke pentas akhir ini dan menyeru rakyat dan penyokong hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk memberikan sokongan.

Untuk makluman, perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini akan mempertemukan JDT dengan Selangor FC yang kini dibimbing oleh bekas kerua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Featured Image: Twitter Onn Hafiz Ghazi

Komen