Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 melibatkan Johor Darul Tak’zim (JDT) dan Selangor FC pada hari esok agar memakai pelitup muka.
Pemakaian itu dinasihatkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi ketika berada di tempat yang sesak bagi mengelakkan penyakit-berjangkit.
Perkara terbabit diungkapkan oleh Ketua Polis IPD Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin dalam Sidang Media Keselamatan Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.
Pada masa yang sama, Zam turut menasihatkan orang ramai agar menjaga tatasusila serta tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan samada semasa perlawanan mahupun selepas perlawanan.
Featured Image: Malaysian Football League