Belanjawan Selangor 2023: RM7 Juta Untuk Program Pembangunan Sukan – Cungkil Bakat Baharu 
November 25, 2022 Hafizuddin Omar

Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari meletakkan satu objektif dalam bidang sukan iaitu Selangor Meneraju Kecemerlangan Sukan.

Bagi mencapai objektif berkenaan, Amirudin mengumumkan program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM7 juta.

Jelasnya, program ini berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baharu dari akar umbi secara menyeluruh dan melibatkan keseluruhan pemegang taruh ke arah mencapai objektif seperti dinyatakan di atas.

Perkara ini diumumkan oleh Amirudin dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang bertemakan #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pada hari ini.

Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri membentangkan Belanjawan 2023 yang berjumlah RM2.45 bilion secara keseluruhan dengan menggariskan lima teras utama:

  1. Mengukuhkan pertumbuhan ekonomi
  2. Membudaya perpaduan dan masyarakat penyayang
  3. Pendidikan dan pembangunan generasi masa depan
  4. Kehidupan lestari dan sejahtera
  5. Tadbir urus cekap dan bertanggungjawab

Featured Image: Facebook Amirudin Shari

 

Komen