Artikel

Piala Dunia ISTAF: Malaysia Bergelar Naib Juara, Tewas Kepada Thailand

Pasukan sepak takraw regu lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara dalam saingan Piala Dunia ISTAF 2022 yang berlangsung di Daejon, Republik Korea.

Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada musuh tradisi, Thailand dengan secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 19-21 dalam perlawanan akhir yang berlangsung, pagi tadi.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ketiga Malaysia melakar kekalahan di tangan Thailand dalam perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF.

Kali pertama kekalahan direkodkan adalah di edisi sulung yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2011 diikuti dengan edisi yang dianjurkan di Hyderabad, India pada tahun 2017.

Sebagai tambahan, Malaysia berhasil melangkah ke perlawanan akhir edisi kali ini selepas berjaya menumpaskan skuad regu tuan rumah, Republik Korea secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-15 pada peringkat separuh akhir.

Manakala Thailand pula mara selepas menumpaskan Jepun juga menerusi kemenangan secara “straight set” iaitu 21-8 dan 21-14.

Featured Image: Malaysia Sepak Takraw Federation – MASTAF

komen