J&T Express Menamakan Lionel Messi Sebagai Duta Global Baharu
November 30, 2022 Aman

J&T Express merupakan salah satu syarikat logistik yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi turut menawarkan perkhidmatan di beberapa buah negara. Kini, dalam terus mempromosikan jenama mereka, J&T Express telah melantik duta global pertama mereka, iaitu Lionel Messi.

Lionel Messi merupakan salah seorang pemain sukan yang popular, dan disenaraikan pada tangga lima teratas pada senarai atlet dengan keboleh-pasaran tinggi.

Lionel Messi akan memasarkan J&T Express bukan sahaja sebagai penyedia logistik, tetapi juga sebagai pakar rantaian-bekalan dalam arena edagang.

Ia tidak diumumkan berapakah J&T Express berbelanja untuk tujuan pemasaran terbaru ini.

Komen