Saingan Kumpulan B bagi Piala Dunia 2022 Qatar menyaksikan England dan Amerika Syarikat yang muncul juara dan naib juara masing-masing sekaligus mara ke peringkat seterusnya, Pusingan 16.
England atau skuad berjulukan Three Lions muncul juara kumpulan apabila merekodkan kemenangan selesa 3–0 ke atas Wales dalam perlawanan terakhir, sebentar tadi.
Dua jaringan dari Marcus Rashford pada minit 50’ dan 68’ masing-masing serta satu jaringan dari Phil Foden pada minit 51’ menjadi penyumbang kepada kemenangan terbabit.
Your final Group B standings 👀 @USMNT join @England in the knockout stages 🇺🇸 🏴
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 29, 2022
Kemenangan itu menjadikan England menutup saingan peringkat kumpulan ini selaku juara dengan pungutan 7 mata hasil daripada dua kemenangan dan satu seri.
Sementara itu, Amerika Syarikat mengiringi England peringkat seterusnya selepas menundukkan Iran 1-0 dalam perlawanan terakirnya.
Jaringan tunggal oleh Christian Pulisic pada minit 38’ sudah memadai buat Amerika untuk memastikan kemaraan ke Pusingan 16 menjadi miliknya dan membuatkan impian Iran untuk melepasi peringkat kumpulan buat pertama kalinya terkubur.
Amerika bimbingan Gregg Berhalter menutup saingan peringkat kumpulan ini dengan pungutan lima mata hasil daripada satu kemenangan dan dua seri.
Featured Image: USMNT