Penyerang Portugal merangkap pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali semakin hampir untuk menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di Arab Saudi iaitu Al-Nassr FC.
Difahamkan, pemain berusia 37 tahun ini mendapat tawaran bernilai 200 juta euro setiap musim yang merangkumi gaji serta perjanjian pengiklanan dengan tempoh kontrak selama dua tahun dan setengah.
Perkembangan itu hadir menerusi sebuah laporan sebuah portal berpangkalan di Sepanyol, Marca yang turut dipetik oleh pelbagai agensi berita antarabangsa.
🚨 Cristiano Ronaldo is on the verge of agreeing a 2-and-a-half year deal with Al-Nassr. 🇸🇦✍️
He will earn €200M-a-season, including salary and advertising agreements. 🤑
(Source: @marca) pic.twitter.com/LPbSktxP9z
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 30, 2022
Untuk makluman semua, Al-Nassr yang dibimbing oleh Rudi Garcia sedang menghuni tangga kedua Liga Pro Saudi selepas mengharungi lapan perlawanan bagi musim 2022-23.
Skuad pada musim ini turut disertai oleh beberapa pemain asing yang ternama seperti David Ospina (Sepanyol), Vincent Aboubakar (Senegal), Talisca, Luiz Gustavo (Brazil) dan lain-lain lagi.
Pada saat ini, Ronaldo bebas untuk menyertai mana-mana pasukan dimahukannya memandangkan telah berstatus pemain ejen bebas. Ianya selepas Ronaldo dan Manchester United mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak, pada minggu lalu.
Featured Image: FIFA World Cup