Piala Dunia: Poland Melangkah Ke Pusingan 16 Selepas Lebih 3 Dekad
December 1, 2022 Hafizuddin Omar

Biarpun tumpas kepada Argentina dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C, Poland tetap berhasil merekodkan kemaraan ke saingan kalah mati, Pusingan 16 pada Piala Dunia 2022.

Lebih manis, kemaraan tersebut merupakan yang pertama direkodkan selepas lebih tiga dekad.

Dalam pertarungan tersebut, Poland bimbingan Czeslaw Michniewicz tumpas 0-2 kepada Argentina hasil jaringan Alexis Mac Allister dan Julian Alvarez pada minit 46’ dan 67’ masing-masing.

Namun begitu, kemaraan mereka dibantu dengan kegalan Mexico untuk merekodkan kemenangan dengan jaringan yang lebih besar ke atas Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan lain melibatkan Kumpulan C.

Mexico hanya merekodkan kemenangan dengan keputusan 2-1 sekaligus menggagalkan mereka untuk menghuni tangga kedua dalam Kumpulan C. Mereka terpaksa akur menamatkan saingan di tangga ketiga selepas mengutip empat mata daripada tiga perlawanan.

Poland turut mengutip empat mata namun kedudukan naib juara Kumpulan C menjadi miliknya ekoran mempunyai perbezaan gol (goal difference) yang lebih baik berbanding Mexico.

Untuk makluman semua, kali terakhor Poland mara ke Pusingan 16 di pentas Piala Dunia adalah pada edisi 1986 yang berlangsung di Mexico.

Featured Image: FIFA World Cup 

Komen