Piala Negara-Negara FIH: Malaysia Bantai Jepun, Mara Ke Separuh Akhir
December 1, 2022 Hafizuddin Omar

Tiket ke peringkat separuh akhir Piala Negara-Negara FIH menjadi milik skuad hoki lelaki kebangsaan selepas menumpaskan Jepun tanpa belas kasihan dalam perlawanan akhir peringkat Pool B, sebentar tadi.

Dalam perlawanan terbabit, Malaysia berhasil menundukkan Jepun dengan keputusan 5-1 hasil sumbangan gol oleh Muhammad Najib Abu Hassan (dua jaringan), Faizal Saari, Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Mohammad Ashran Hamsani.

Manakala jaringan tunggal oleh pasukan lawan pula dibutirkan oleh Kosei Kawabe.

Kemenangan ini membolehkan skuad bimbingan Arul Selvaraj menamatkan saingan Pool B selaku naib juara dengan kutipan 6 mata sekaligus mengekang Jepun daripada mara ke perlawanan separuh akhir.

Di peringkat separuh akhir kelak, Malaysia akan menentang samada Afrika Selatan atau Ireland. Kedua-duanya akan membuat perhitungan sebentar lagi bagi menentukan juara bagi Pool A.

Untuk makluman semua, juara bagi kejohanan ini berpeluang meraih promosi ke saingan Liga Pro FIH bagi musim 2023-24 bergantung kepada kriteria yang ditetapkan. 

Sebagai tambahana, Liga Pro FIH merupakan sebuah kejohanan antarabangsa yang disertai oleh 9 buah skuad kebangsaan terbaik dunia.

Featured Image: Malaysian Hockey Confederation

Komen