Artikel

Piala Dunia: Peluang Terhidang Tak Disudahkan Lukaku, Belgium Terkandas Di Peringkat Kumpulan

Beberapa peluang yang hadir tidak disudahkan dengan baik oleh penyerang, Romelu Lukaku menyebabkan pasukannya, Belgium terkandas di peringkat kumpulan sekaligus gagal ke Pusingan 16 pada Piala Dunia 2022 Qatar.

Situasi itu menyebabkan Belgium yang turun bertemu Croatia pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Dan ianya menyebabkan Belgium menamatkan saingan Kumpulan F di tangga ketiga dengan sekadar memungut 4 mata daripada 3 perlawanan.

Manakala keputusan seri pula sudah memadai buat Croatia merangkap naib juara edisi lalu untuk meraih 5 mata daripada 3 perlawanan sekaligus muncul naib juara Kumpulan F dan meneruskan kemaraan ke saingan kalah mati.

Untuk makluman semua, ini merupakan kempen terburuk skuad berjulukan Red Devils dalam tiga edisi terakhir Piala Dunia yang disertai mereka. 

Sebagai rekod, Piala Dunia edisi 2014 lalu menyaksikan mereka mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir. 

Manakala Piala Dunia edisi 2018 lalu pula menjadi kempen yang terbaik dalam sejarah pembabitan Belgium di pentas terulung ini apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.

Featured Image: FIFA World Cup

komen