Artikel

Piala Dunia: Jepun Kejutkan Sepanyol, Muncul Juara Kumpulan E

Jepun merekodkan satu kejutan di pentas Piala Dunia apabila mencatatkan kemenangan ke atas juara edisi 2010, Sepanyol dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan terbabit, skuad berjulukan Samurai Biru berhasil menumpaskan Sepanyol dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Ritsu Doan dan Ao Tanaka pada minit 48’ dan 51’ masing-masing.

Dua jaringan itu sudah memadai untuk menidakkan pendahuluan Sepanyol yang dicipta oleh Alvaro Morata seawal minit 11’ permainan.

Kejutan yang direkodkan Jepun ini bukan sahaja membolehkan mereka meraih tiket ke saingan kalah mati bagi di pentas Piala Dunia 2022 Qatar ini bahkan turut muncul juara bagi Kumpulan E.

Status juara itu dicapai dengan meraih enam mata daripada 3 perlawanan yang disumbangkan oleh dua kemenangan ke atas Jerman dan Sepanyol.

Sementara itu, Sepanyol yang mengiringi mereka selaku naib juara pula meraih empat mata hasil daripada seri ke atas Costa Rica dan seri menentang Jerman.

Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan Jepun ke peringkat kalah mati dalam dua edisi berturut-turut selepas mara pada edisi Piala Dunia 2018 Rusia lalu.

Featured Image: FIFA World Cup

komen