Piala Dunia: Korea Ke Pusingan 16 Selepas Kejutkan Juara Euro 2016
December 3, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak Republik Korea berjaya merakamkan kemaraan ke Pusingan 16 di pentas Piala Dunia buat pertama kali selepas 12 tahun. 

Kemaraan skuad berjulukan Taeguk Warriors hasil daripada menciptan kejutan mengalahkan juara Euro 2016 iaitu Portugal dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan H, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Korea berhasil merekodkan kemenangan 2-1 hasil melakukan ‘comeback’ menerusi Kim Young-gwon dan Hwang Hee-chan pada minit 27’ dan 90+1’ masing-masing. Sebelum itu Portugal terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Ricardo Horta pada minit 5’.

Kemenangan ini membuatkan Korea yang mengumpul 4 mata daripada 3 perlawanan berhasil menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku naib juara.

Walapun dalam satu lagi pertarungan melibatkan Kumpulan H, Uruguay berjaya merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Ghana dan turut mengumpul 4 mata dan memiliki rekod perbezaan gol yang sama, Korea mara atas faktor memiliki rekod jaringan lebih baik berbanding Uruguay.

Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan ke Pusingan 16 yang pertama buat Korea selepasa 12 tahun. Kali terakhir mereka mara ke peringkat yang sama ketika menyertai saingan Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan pada tahun 2010 yang lalu.

Featured Image: FIFA World Cup

Komen