Giroud Atasi Henry Muncul Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Perancis
December 5, 2022 β€’ Hafizuddin Omar

Penyerang AC Milan, Olivier Giroud kini dinobatkan sebagai penjaring terbanyak skuad kebangsaan Perancis sepanjang zaman.

Gelaran itu menjadi milik pemain berusia 36 tahun ini selepas menjaringkan gol ketika bertemu Poland dalam aksi Pusingan 16 saingan Piala Dunia 2022 Qatar yang berlangsung di Stadium Al Thumama.

Gol itu hadir pada minit 44’ selepas menerima hantaran daripada Kylian Mbappe sebelum menyudahkannya dengan mengatasi penjaga gawang Poland, Wojciech Szczesny.

Gol terbabit menjadikan Giroud mengumpul 52 jaringan secara keseluruhan bersama skuad berjulukan Les Bleus ini.Β 

Jumlah itu sekaligus mengangkat nama Giroud mengatasi Thierry Henry yang mempunyai 51 jaringan sepanjang menyarung jersi Perancis dari tahun 1997 hingga 2010.

Sebelum ini, Giroud berhasil menyamai rekod jaringan Henry apabila menjaringkan dua gol ketika bertemu Australia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D.Β Β 

Sebagai rekod, Giroud tampil buat pertama kali bersama skuad senior kebangsaan Perancis pada tahun 2011 ketika berusia 25 tahun. Setakat ini, Giroud telah mencatatkan 116 penampilan bersama Perancis.

Featured Image: FIFA World Cup

Komen