Satu jaringan daripada Olivier Giroud serta jaringan berganda Kylian Mbappe memastikan juara bertahan, Perancis terus memacu ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Dunia 2022 Qatar.
Jaringan oleh dua penyerang ini dibutirkan ketika bertemu Poland dalam aksi Pusingan 16 yang berlangsung di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.
Giroud, 36 tahun, yang merupakan pemain AC Milan, terlebih dahulu berhasil meletakkan bola di dalam gawang yang dikawal oleh Wojciech Szczesny pada separuh masa pertama sebelum disusuli oleh pemain Paris Saint-Germain (PSG), Mbappe, 23 tahun, pada separuh masa kedua.
The defending champs march on to the Quarter Finals! 🇫🇷@adidasfootball | #FIFAWorldCup
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 4, 2022
Sebelum perlawanan memasuki masa tambahan, Mbappe sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Poland apabila merembat masuk bola menewaskan Szczesny untuk menjadikan kedudukan 3-0.
bagaimanapun, Poland sempat meraih satu jaringan saguhati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Robert Lewandowski sebelum pengadil perlawanan dari Venezuela, Jesus Valenzuela meniup wisel menamatkan permainan dengan keputusan 3-1.
Di pusingan suku akhir nanti, Perancis akan menantikan cabaran samada daripada England ataupun Senegal untuk merebut tiket ke saingan separuh akhir.
Featured Image: FIFA World Cup
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!