England berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir bagi saingan Piala Dunia 2022 Qatar.
Kemaraan itu terhasil selepas skuad bimbingan Gareth Southgate ini melakar kemenangan 3-0 ke atas Senegal dalam aksi Pusingan 16 yang berlangsung di Stadium Al Bayt, sebentar tadi.
England move on to the last 8!@adidasfootball | #FIFAWorldCup
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 4, 2022
Dalam perlawanan terbabit, Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka menjadi hero yang memacu England menerusi jaringan pada minit 38’, 45+3’ dan 57’ masing-masing.
Pada masa yang sama, kemenangan ini turut menemukan England dengan Perancis di peringkat suku akhir. Perancis mara selepas menumpaskan Poland dengan keputusan 3-1.
Featured Image: FIFA World Cup
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!