Perseorangan lelaki No.1 di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merangkul gelaran juara bagi Cabaran Antarabangsa Bahrain 2022.
Kejuaraan itu menjadi milik Tze Yong selepas berjaya menumpaskan pemain Taiwan, Kuo Kuan Lin dalam perlawanan akhir yang berlangsung tengah malam tadi, waktu Malaysia.
RESULTS: #BahrainIC2022
FINAL#MAS🇲🇾 Ng Tze Yong(1) def. #TPE Kuo Kuan Lin 21-15 20-22 21-12
*Tze Yong lived up to top billing by securing his first international title this season. Congrats & on to more bro!🥇#GemilangkanLagi#DemiMalaysia pic.twitter.com/HvHwq96Nwm
— BAM (@BA_Malaysia) December 4, 2022
Dalam perlawanan terbabit, Tze Yong meraih kemenangan menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-15, 20-22 dan 21-12 dalam tempoh masa satu jam dan 20 minit.
Untuk makluman semua, kejuaraan yang diraih ini juga merupakan yang pertama dirangkulnya bagi kategori individu pada tahun 2022.
Sebelum ini, kejuaraan paling hampir dengan Tze Yong adalah di temasya Sukan Birmingham 2022. Namun begitu, Tze Yong terpaksa akur tumpas pada parlawanan akhir dan terpaksa berpuas hati selaku naib juara dan meraih pingat perak.
Featured Image: Badminton Association of Thailand