Skuad bola sepak kebangsaan Maghribi menempa satu sejarah baharu apabila berjaya merakamkan kemaraan ke peringkat suku akhir buat pertama kali di pentas Piala Dunia.
Perkembangan itu hadir setelah skuad berjulukan The Atlas Lions ini menumpaskan juara dunia edisi 2010, Sepanyol pada peringkat Pusingan 16 yang berlangsung di Education City Stadium, sebentar tadi.
Maghribi mencetak kemenangan tersebut dengan memenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Achraf Hakimi, Hakim Ziyech dan Abdelhamid Sabiri. Hanya Badr Benoun yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.
𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐌𝐀𝐊𝐄𝐑𝐒 😳
Morocco reach the Quarter-Finals for the first time. 🇲🇦 #FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/Z6uVjyLmWz
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 6, 2022
Manakala kesemua pemain Sepanyol yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti iaitu Sergio Busquets, Carlos Soler dan Pablo Sarabia gagal menyempurnakannya sama sekali.
Terdahulu kedua-dua pasukan yang dibimbing oleh Walid Regragui dan Luis Enrique masing-masing ini terpaksa akur seri tanpa sebarang jaringan selepas beraksi sehingga 120 minit permainan.
Sebagai rekod, Maghribi menjadi pasukan keempat dari benua afrika yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia selepas Cameroon (1990), Senegal (2002) dan Ghana (2010).
Untuk peringkat seterusnya, Maghribi akan menantikan cabaran samada Portugal atau Switzerland untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Featured Image: FIFA World Cup