Beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dengan langkah kanan.
Lebih menarik langkah positif itu dilakar dengan mengejutkan beregu yang menghuni ranking keempat dunia merangkap pemenang Sukan Olimpik 2020, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.
Bagaimanapun, kemenangan ke atas beregu dari China itu tidak datang bergolek dengan mudah buat gandingan Kian Meng-Pei Jing.
HSBC BWF World Tour Finals 2022
XD – Round 1
🇲🇾Kian Meng TAN🏅
23 14 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅
21 21 16 🇨🇳Yi Lyu WANG
🇨🇳Dong Ping HUANG🕗 in 61 minutes
https://t.co/XsEEhJkM5l— BWFScore (@BWFScore) December 7, 2022
Mereka perlu mengharungi pertarungan yang memakan masa sekitar satu jam sebelum dapat menjinakkan Yi Lyu-Dong Ping menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 23-21, 14-21 dan 21-16.
Lebih bermakna, ini juga merupakan kemenangan sulung Kian Meng-Pei Jing ke atas Yi Lyu-Dong Ping di pentas antarabangsa.
Sebelum ini, Kian Meng-Pei Jing pernah bertemu Yi Lyu-Dong Ping sebanyak tujuh kali dan ketujuh-tujuhnya berakhir dengan kekalahan.
Sementara itu, bagi perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, Kian Meng-Pei Jing dijadualkan bertemu beregu No.1 dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai pada hari esok.
Featured Image: Facebook Victor