Beregu lelaki No.1 negara merangkap juara Kejohanan Dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dengan langkah tempang.
Pasangan yang menghuni ranking keempat dunia ini menerima kejutan dengan tumpas kepada juara Kejohanan Dunia sebanyak tiga kali, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.
Dalam perlawanan terbabit, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur menerima kekalahan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-12 dan 21-15 setelah 32 minit berentap.
HSBC BWF World Tour Finals 2022
MD – Round 1
🇮🇩Mohammad AHSAN🏅
21 21 🇮🇩Hendra SETIAWAN🏅
12 15 🇲🇾Aaron CHIA
🇲🇾Wooi Yik SOH🕗 in 32 minutes
https://t.co/Ds4JtffNv9— BWFScore (@BWFScore) December 7, 2022
Ini pastinya menjadi kemenangan ‘manis’ buat beregu Indonesia yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’ setelah mereka tumpas kepada Aaron-Wooi Yik pada pentas perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF pada penghujung Ogos lalu.
Untuk makluman semua, ini merupakan kekalahan kelapan yang ditanggung Aaron-Wooi Yik daripada 12 pertemuan menentang Ahsan-Hendra secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Sementara itu, bagi perlawanan seterusnya di peringkat kumpulan, Aaron-Wooi Yik dijadualkan menentang beregu China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada hari esok.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia