Penghijrahan ketua jurulatih dan sebahagian barisan kejurulatihan tidak membuatkan bek kiri dan kanan utama Terengganu FC, Arif Fadzilah dan Azam Azmi Murad mengikuti jejak langkah yang sama.
Kedua-dua pertahanan berusia 26 dan 21 tahun masing-masing ini menyatakan komitmen untuk kekal bersama skuad berpangkalan di pantai timur di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu, Tomislav Steinbruckner pada musim hadapan.
🏴🏳️𝗔𝗥𝗜𝗙 𝗙𝗔𝗗𝗭𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗙𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯🏴🏳️
Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/CxrIA2f3GA#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/Ugs7YKtZa5
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 7, 2022
Perkembangan ini hadir menerusi makluman oleh pihak kelab menerusi pelbagai platform media sosialnya. Dalam makluman itu, Arif diberikan lanjutan kontrak sementara Azam pula masih mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama Terengganu.
Difahamkan, kedua-dua pertahanan ini mengakui menerima tawaran daripada kelab lain yang turut beraksi saingan Liga Super. Namun Arif dan Azam telah membuat keputusan untuk kekal bersama skuad naib juara Liga Super dan Piala FA ini.
"KOMITMEN DAN FOKUS SAYA SEMEMANGNYA BERSAMA TERENGGANU FC"
Baca selanjutnya :https://t.co/viJzsrwL0a pic.twitter.com/AdaIsFlBKF
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 7, 2022
Selain itu, Terengganu turut memaklumkan dua bek kirinya, Alif Zakaria dan Hairiey Hakim turut kekal. Kedua-duanya akan menjadi persaingan buat Arif untuk merebut tempat di posisi bek kiri Terengganu pada musim hadapan.
Bagaimanapun, peluang buat ketiga-tiga pemain ini untuk mendapat tempat boleh dikatakan terbuka dengan keadaan Terengganu akan menghadapi lebih banyak perlawanan memandangkan turut beraksi di kejohanan Piala AFC.
Featured Image: Football Association of Malaysia