Artikel

Juara Dunia 3 Kali Singkir Pearly-Thinaah Daripada Jelajah Dunia Akhir

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 selepas mengharungi dua pertarungan.

Pearly-Thinaah gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan B selepas tumpas perlawanan kedua ketika bertemu beregu China merangkap juara Kejohanan Dunia BWF sebanyak tiga kali, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan.

Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah tumpas secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-15 dalam tempoh masa 42 minit permainan.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Pearly-Thinaah di pentas antarabangsa apabila bertemu Qing Chen-Yi Fan yang juga merupakan beregu No.1 dunia pada masa kini.

Pada perlawanan pertama semalam, Pearly-Thinaah turut mengalami kekalahan di tangan beregu Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Ini menjadikan Pearly-Thinaah yang mengalami dua kekalahan berturut-turut gagal meraih sebarang mata dan menghuni tangga tercorot Kumpulan B selepas dua perlawanan.

Untuk perlawanan terakhir pada hari esok, Pearly-Thinaah akan turun menentang satu lagi wakil China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

komen