Beregu campuran No.1 negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya mara buat julung kalinya ke peringkat separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF dalam kariernya.
Pasangan yang menghuni ranking kelapan dunia menempa kemaraan tersebut selepas berjaya menundukkan Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, pada hari ini.
Pasangan dari Thailand yang menduduki ranking ke-12 dunia itu tumpas di tangan Kian Meng-Pei Jing secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 20-22 dalam tempoh masa 41 minit permainan di atas gelanggang.
HSBC BWF World Tour Finals 2022
XD – Round 3
🇲🇾Kian Meng TAN🏅
21 22 🇲🇾Pei Jing LAI🏅
17 20 🇹🇭Supak JOMKOH
🇹🇭Supissara PAEWSAMPRAN🕗 in 41 minutes
https://t.co/nd5O209wMG— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022
Sebelum itu, Kian Meng-Pei Jing telah meraih satu kemenangan ke atas beregu China merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping serta satu kekalahan di tangan beregu No.1 dunia, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai.
Pada masa yang sama, kemaraan ini turut dibantu dengan kemenangan Dechapol-Sapsiree atau lebih dikenali sebagai Bass-Popor ke atas Yi Lyu-Dong Ping secara “straight set” dengan skor 23-21 dan 21-13 pada perlawanan terakhir mereka yang turut berlangsung sebentar tadi.
HSBC BWF World Tour Finals 2022
XD – Round 3
🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅
23 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅
21 13 🇨🇳Yi Lyu WANG
🇨🇳Dong Ping HUANG🕗 in 43 minutes
https://t.co/5FAcvPwGlc— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022
Situasi ini menjadikan Dechapol-Sapsiree menamatkan saingan peringkat Kumpulan B selaku juara manakala Kian Meng-Pei Jing pula muncul sebagai naib juara.
Sebagai perbandingan, ketika layak menyertai saingan Jelajah Dunia Akhir BWF buat kali pertama dalam karier mereka pada tahun lalu, Kian Meng-Pei Jing menghuni kedudukan tercorot di peringkat kumpulan ekoran gagal merekodkan sebarang kemenangan sekaligus pulang tanpa sebarang kutipan mata.
Pada ketika itu, Kian Meng-Pei Jing diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (Malaysia) dan Mathias Christiansen-Alexandra Boje (Denmark).
Featured Image: Facebook VICTOR