Hasrat beregu lelaki No.1 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi untuk melangkah ke pentas akhir Jelajah Dunia Akhir BWF buat kali pertama dalam kariernya tidak kesampaian.
Juara dunia sebanyak tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan menjadi kekangan daripada cita-cita tersebut direalisasikan.
Ini berpunca daripada Yew Sin-Ee Yi tumpas kepada pasangan yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’ itu pada peringkat separuh akhir, sebentar tadi.
HSBC BWF World Tour Finals 2022
MD – Semi final
🇮🇩Mohammad AHSAN🏅
17 21 21 🇮🇩Hendra SETIAWAN🏅
21 13 19 🇲🇾Yew Sin ONG
🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 54 minutes
https://t.co/aZmk4sPFaC— BWFScore (@BWFScore) December 10, 2022
Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-13 dan 21-19 dalam tempoh masa hampir satu jam permainan di atas gelanggang.
Selain gagal meneruskan kemaraan, kekalahan ini menjadikan Yew Sin-Ee Yi tumpas sebanyak empat kali daripada lima pertemuan menentang Ahsan-Hendra di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Ahsan-Hendra yang mara ke pentas akhir akan berhadapan samada beregu senegaranya, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.