Keberadaan Portugal bimbingan Fernando Santos yang dibarisi beberapa pemain ternama dalam saingan Piala Dunia 2022 Qatar berakhir di peringkat suku akhir.
Negara arab dari benua afrika, Maghribi menjadi punca kepada Portugal yang terpaksa mengemaskan beg pakaian dan menuju ke lapangan terbang meninggalkan Qatar.
Maghribi atau nama julukannya The Atlas Lions berhasil mencetak kemenangan 1-0 ke atas Portugal dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Stadium Al Thumama, hari ini.
Kemenangan itu dilakar menerusi jaringan tunggal oleh Youssef En-Nesyri menerusi satu tandukan setelah melompat tinggi pada minit 42’. Bola itu berpunca daripada hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Yahia Attiyat Allah.
المستحيل ليس مغربيا ولن يكون أبدا مغربيا….
نهاية المقابلة بفوز المنتخب الوطني على منتخب البرتغال والتأهل إلى نصف نهائي المونديال 🤯🤩#DimaMaghrib 🇲🇦 #TeamMorocco #FIFAWorldCup @pumafootball pic.twitter.com/maaJoLzscM— FRMF (@FRMFOFFICIEL) December 10, 2022
Pada masa tambahan, penyerang, Walid Cheddira dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dan memaksa Maghribi bertahan dengan 10 pemain.
Namun begitu, Portugal masih tidak dapat memanfaatkan peluang menentang 10 pemain tersebut untuk mencari sebarang jaringan untuk menyamakan kedudukan atau mendahului Maghribi.
Kemenangan ini bukan sahaja membuatkan skuad kendalian Walid Regragui menempa sejarah baharu buat Maghribi dengan mara buat pertama kali ke peringkat separuh akhir dalam saingan Piala Dunia.
Bahkan, kemenangan ini turut menjadikan Maghribi sebagai pasukan pertama dari benua afrika berjaya mara ke peringkat yang sama sejak Piala Dunia mula dipertandingkan pada tahun 1930.
Sementara itu, menanti Maghribi di peringkat separuh akhir kelak samada juara bertahan, Perancis atau England.
Featured Image: FIFA World Cup