Artikel

Ranking BWF: Kian Meng-Pei Jing Jejak Tangga Ke-6 Dunia Buat Kali Pertama

Kemaraan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 pada minggu lalu telah melonjakkan kedudukan mereka dalam ranking dunia dengan ketara.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan gandingan campuran No.1 negara ini berada di kedudukan keenam dunia – melonjak sebanyak dua anak tangga berbanding pada minggu lalu.

Lonjakan itu dicetuskan oleh tambahan sebanyak 8,400 mata hasil kemaraan ke pentas separuh akhir di kejohanan penutup tirai itu. 

Tambahan mata itu menjadikan Kian Meng-Pei Jing kini memiliki 68,870 mata daripada 10 pencapaian terbaik dalam kejohanan yang disertai mereka.

Sebagai rekod, ini merupakan kedudukan tertinggi pernah dihuni oleh Kian Meng dan Pei Jing sejak mereka bergandingan bersama bermula penghujung tahun 2015.

Featured Image: Facebook VICTOR 

komen