Pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Manuel Ott menjadi bekas pemain Terengganu FC yang pertama mengikuti jejak langkah Nafuzi Zain berhijrah ke Kedah Darul Aman FC (Kedah).
Pemain berusia 30 tahun ini diumumkan menyertai skuad berjulukan Sang Kenari secara rasmi menerusi satu video berdurasi 1 minit 36 saat dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab terbabit, pada hari ini.
Difahamkan pemain ini menandatangani kontrak selama dua tahun dan diberikan jersi bernombor 8 bersama skuad Hijau Kuning. Kehadirannya adalah untuk mengisi slot pemain import kuota ASEAN bagi Kedah.
He plans to deliver and make it happen, welcome our new blood…#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #newblood4 pic.twitter.com/7vvuZMAOlv
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 13, 2022
Untuk makluman semua, Ott merupakan pemain import kedua yang ditandatangani oleh Kedah di bawah era Nafuzi selaku ketua jurulatih baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.
Ketika bersama Terengganu sepanjang musim 2022, pemain kelahiran Jerman ini menjadi percaturan utama Nafuzi yang membantu memacu skuad dari pantai timur itu muncul naib juara Liga Super dan Piala FA serta mara ke separuh akhir Piala Malaysia.
Berdasarkan statistik, Ott berhasil tampil sebanyak 32 kali bersama Terengganu dan merekodkan 6 gol serta 7 bantuan gol.
Sebelum ini, mereka telah merekrut pemain tengah bertahan Tajikistan, Amirbek Juroboev bagi mengisi slot pemain import kuota asia dengan kontrak selama setahun.
Featured Image: Terengganu FC & Kedah Darul Aman FC