Pasukan dari benua amerika selatan yang menghuni ranking ketiga dunia, Argentina berhasil mara semula ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas lapan tahun.
Skuad berjulukan La Albiceleste merekodkan kemaraan itu selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas naib juara edisi lalu, Croatia pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Lusail, hari ini.
Kemenangan itu hasil jaringan tunggal daripada kapten, Lionel Messi menerusi sepakan penalti pada minit 34’ serta gol berganda daripada Julian Alvarez pada minit 39’ dan 69’ masing-masing.
⚽ @Argentina 🇦🇷 3 (Lionel #Messi -p- y Julián Álvarez x2) 🆚 #Croacia 🇭🇷 0
👉 ¡Final del partido! pic.twitter.com/cdpbKqlKW4
— Selección Argentina 🇦🇷 (@Argentina) December 13, 2022
Croatia yang diketuai oleh Luka Modric ternyata tiada jawapan balas terhadap ketiga-jaringan itu dan kedudukan 3-0 terbabit kekal sehingga pengadil perlawanan dari Itali, Daniele Orsato meniup wisel menamatkan permainan.
Sementara itu, Argentina yang mara ke perlawanan akhir akan menantikan cabaran samada daripada Maghribi atau juara bertahan, Perancis.
Kedua-dua pasukan ini akan membuat perhitungan pada awal pagi esok bagi merebut tiket ke perlawanan akhir.
Featured Image: FIFA World Cup
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!