Artikel

Naib Juara Piala FA & Liga Super Sisih 7 Pemain Tempatan, 5 Import

Naib juara Piala FA dan Liga Super, Terengganu FC mengesahkan seramai 12 orang pemainnya tidak lagi menyarung jersi Hitam Putih pada musim hadapan.

Daripada 12 pemain tersebut, 7 daripadanya merupakan pemain tempatan yang terdiri daripada Shamirza Yusoff (penjaga gol), Hafizal Alias (pertahanan), Sharin Sapien, Nik Akif Syahiran, Azalinullah (pemain tengah), Arif Anwar dan Faisal Halim (pemain sayap).

Manakala baki empat lagi pemain merupakan pemain import iaitu Pape Diakite (pertahanan), Manuel Ott, Petrus Shitembi (pemain tengah), Tchetche Kipre dan Kpah Sherman (penyerang).

Semalam, skuad berpangkalan di pantai timur yang mendapat khidmat ketua jurulatih baharu, Tomislav Steinbruckner mengumumkan menaikkan pangkat 6 orang pemain muda tempatan yang beraksi bersama skuad simpanan, Terengganu II sepanjang tahun 2022.

Mendahului senarai tersebut ialah pertahan kiri skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Safwan Mazlan diikuti dengan Aqil Irfanudin, Firdaus Rusdi, Fazli Ghazali serta dua orang penjaga gol, Syed Nasrulhaq dan Shafawi Mohamad.

Sebelum itu juga, Terengganu telah bertindak mengekalkan salah seorang pemain importnya, Habib Haroon serta merekrut bekas pemain import Melaka United, Sony Norde. 

Selain itu, pertahanan kirinya, Arif Fadzilah telah memutuskan untuk kekal bersama Terengganu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023 kelak.

Featured Image: Terengganu FC

komen