Vietnam Menang Tipis Ke Atas Filipina Dalam Aksi Pemanas Badan Sebelum Piala AFF
December 15, 2022 Hafizuddin Omar

Vietnam mencipta kemenangan tipis dalam perlawanan antarabangsa yang berperanan sebagai aksi pemanas badan sebelum mengharungi saingan Kumpulan B yang terdiri daripada Malaysia, Singapura, Laos dan Myanmar dalam saingan Piala AFF kelak. 

Skuad bimbingan Park Hang-seo berhasil melakar kemenangan dengan keputusan 1-0 ke atas Filipina dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Day, Hanoi, semalam.

Bagaimanapun, Vietnam terpaksa menunggu sehingga minit ke-92 sebelum dapat mengesahkan kemenangan tersebut apabila satu rembatan daripada Nguyen Van Quyet terbias masuk ke dalam gawang selepas mengenai kaki pertahanan lawan.

Untuk makluman, ini merupakan satu-satunya perlawanan yang diatur oleh skuad Naga Emas sebelum turun mengharungi perlawanan pertama pada 21 Disember kelak.

Vietnam akan memulakan kempennya dengan menentang Laos diikuti Malaysia, Singapura dan Myanmar.

Untuk makluman, ini merupakan kali terakhir Vietnam mengharungi kempen Piala AFF dengan bimbingan ketua jurulatihnya, Hang-seo sebelum kedua-dua berpisah pada penghujung Januari kelak.

Featured Image: VFF

Komen