Artikel

Arif Aiman Rangkul 3 Anugerah Di ABK22

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berjaya merangkul tiga anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) yang diadakan secara virtual, semalam.

Pertamanya, dengan persembahan yang cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini, pemain berusia 20 tahun ini berjaya mempertahankan anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) yang dimenanginya pada musim lalu.

Keduanya, Arif turut dinobatkan serta mempertahankan anugerah Penyerang Terbaik hasil daripada menjaringkan 8 gol serta 16 ‘assist’ pada musim ini.

Bagi anugerah ini, Arif merangkul anugerah ini dengan mengatasi dua lagi calon, Faisal Halim (Terengganu FC) dan Darren Lok (PJ City FC).

Ketiganya, pemain kelahiran Pahang ini turut memenangi dan mempertahankan Anugerah Pemain Muda Terbaik dengan mengetepikan dua pencabarnya, Azam Azmi Murah (Terengganu FC) dan Mukhairi Ajmal (Selangor FC).

Sementara itu, bagi anugerah yang lain, pemenang-pemenangnya adalah seperti berikut:

Jurulatih Terbaik: Nafuzi Zain (Terengganu FC)

Pertahanan Terbaik: Shahrul Saad (JDT)

Pemain Tengah Terbaik: Afiq Fazail (JDT)

Pemain Import Terbaik: Fernando Forestieri (JDT)

Penjaga Gol Terbaik: Ahmad Syihan (Negeri Sembilan FC)

Penjaring Terbanyak Liga Super 2022: Bergson da Silva (JDT)

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022: Abu Kamara (Kuching City FC)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022: Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC)

Gol Terbaik Liga Malaysia: Mukhairi Ajmal (Selangor FC)

Anugerah Fair Play: PJ City

Untuk makluman semua, seramai 386 daripada 667 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK22 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori. 

Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

Manakala para penyokong pula berpeluang untuk mengundi FAN XI dan berikut adalah keputusan undian FAN XI:

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen