Messi & Rakan Sepasukan Pacu Argentina Julang Piala Dunia – Raih RM185 Juta
December 19, 2022 Hafizuddin Omar

Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Lionel bersama rakan sepasukannya berjaya memacu Argentina untuk menjulang trofi Piala Dunia FIFA 2022.

Kejayaan itu sekaligus menamatkan kemarau 36 tahun buat skuad berjulukan La Albiceleste menjulang trofi tersebut dimana kali terakhirnya dimenangi era Diego Maradona.

Kejuaraan itu dicetuskan menerusi kemenangan melalui sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 4-2.

Semasa waktu permainan sebenar, Messi dan Angel di Maria muncul penyumbang awal kepada pendahuluan Argentina menerusi jaringan pada 25’ (sepakan penalti), 108′ dan 36’ masing-masing.

Perancis pula sempat mengikat kedudukan menjadi 3-3 menerusi jaringan hatrik daripada Kylian Mbappe pada 81′ (penalti), 82′ dan 118′ (penalti) masing-masing.

Kejuaraan ini juga membolehkan Argentina membawa pulang wang ganjaran bernilai $42 juta atau bersamaan sekitar RM185 juta.

Sementara itu, Perancis yang terpaksa akur tidak dapat mengulangi kejuaraan apada edisi lalu pula membawa pulang ganjaran bernilai $30 juta atau bersamaan lebih kurang RM139 juta.

Fetured Image: FIFA WORLD CUP

Komen