Bek Tengah Skuad Kebangsaan, Khuzaimi Piee Sertai Selangor FC
December 20, 2022 Hafizuddin Omar

Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC memperkukuhkan lagi barisan pertahanannya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 dengan mendatangkan khidmat bek tengah skuad kebangsaan, Khuzaimi Piee.

Pertahanan berusia 29 tahun itu disahkan menyertai skuad berjulukan Red Giants bimbingan Tan Cheng Hoe selepas diumumkan di pelbagai platform media sosial milik kelab terbabit, pada hari ini.

Musim 2019 menyaksikan Khuzaimi melalui musim yang agak cemerlang dalam karier bola sepaknya selepas membantu Negeri Sembilan FC menamatkan saingan Liga Super 2022 di tempat keempat – pencapaian terbaik pernah diraih skuad berjulukan Hoben Jang Hoben selepas 14 tahun.

Sebagai tambahan, ini merupakan pemain baharu yang kedua menyertai Selangor pada jendela perpindahan pada kali ini.

Dua hari lalu, Selangor telah mengikat pemain baharunya yang pertama iaitu V. Ruventhiran, bekas pemain Petaling Jaya City FC (PJ City), yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen