Artikel

Ranking BWF: Aaron-Wooi Yik Muncul Beregu Lelaki ‘Top 3’ Dunia

Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kini menjadi menghuni kelompok tiga pasangan badminton lelaki terbaik dunia buat julung kalinya dalam karier mereka.

Ini selepas kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan Aaron-Wooi Yik merekodkan peningkatan satu anak berbanding kedudukan pada minggu lalu.

Peningkatan itu sekaligus meletakkan juara Kejohanan Dunia BWF ini di tangga ketiga di belakang beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto pada minggu ini.

Pada masa yang sama, beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi turut mempamerkan peningkatan satu anak tangga dalam kemaskini ranking dunia pada minggu ini.

Hasil peningkatan itu meletakkan semi-finalis Jelajah Dunia Akhir BWF ini di tangga ketujuh pada minggu ini – tertinggi pernah dicapai oleh Yew Sin-Ee Yi dalam karier mereka.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen