Artikel

BAM Lantik Nova Widianto Sebagai Jurulatih Beregu Campuran Kebangsaan – Kontrak 2 Tahun

Juara dunia sebanyak dua kali, Nova Widianto disahkan secara rasminya menjadi jurulatih beregu campuran bagi skuad kebangsaan bermula bulan hadapan.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Dimaklumkan, jurulatih berusia 45 tahun merangkap bekas ketua jurulatih Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama BAM.

Jurulatih yang mesra dengan panggilan Coach Nova ini akan melaporkan tugasnya kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.

Antara pasangan di bawah naungan BAM yang akan menerima bimbingannya ialah Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing dan beberapa pemain lain lagi. 

Untuk rekod, Nova muncul juara dunia sebanyak dua kali pada edisi 2005 dan 2007 ketika bergandingan bersama Liliyana Natsir. Selain itu, beliau turut pernah merangkul pingat perak dalam temasya Sukan Olimpik 2008 dengan pasangan yang sama.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen