Beregu campuran yang pernah merangkul pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kembali bergandingan semula buat kali terakhir di saingan Terbuka Malaysia 2023 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.
Hasil undian bagi kejohanan yang akan berlangsung sekitar pertengahan bulan Januari kelak memperlihatkan Peng Soon-Liu Ying akan menentang beregu campuran No.2 Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto dan Lisa Ayu Kusumawati pada Pusingan 32.
Sekiranya Peng Soon-Liu Ying berhasil melepasi pasangan tersebut, mereka akan bertemu salah seorang satu daripada wakil Malaysia samada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atau Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing.
Untuk makluman, ini bakal menjadi kejohanan terakhir buat Liu Ying sebelum mengumumkan persaraannya.
Secara langsungnya, ianya juga menjadi penampilan terakhir buat gandingan ini – salah satu beregu campuran terbaik pernah dimiliki oleh Malaysia.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik gandingan Peng Soon-Liu Ying di kejohanan Terbuka Malaysia adalah muncul naib juara pada tahun 2013 dan 2016.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia