Malaysia memulakan kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dengan kemenangan tipis dalam Kumpulan B.
Kemenangan itu dilakar dengan menumpaskan Myanmar 1-0 dalam perlawanan sulung yang berlangsung di Stadium Thuwanna, petang tadi.
Penyerang sayap, Faisal Halim menjadi pemain yang menjaringkan gol tunggal perlawanan. Jaringan itu dilakukannya pada minit 52’ permainan.
Safawi Rasid ➡️ Faisal Halim ➡️🥅 #AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MYAvMAS pic.twitter.com/11EAnGuPa3
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) December 21, 2022
Tuan rumah mempunyai peluang untuk menjaringkan gol penyamaan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit 90+3’.
Namun begitu, penjaga gol negara, Ahmad Syihan berjaya menjadi wira buat skuad Harimau Malaya dengan menyelamatkan sepakan penalti tersebut.
Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga pengadil perlawanan dari Jordan, Ahmad Faisal meniupkan wisel menamatkan permainan.
Keputusan ini juga membolehkan Malaysia mengutip tiga mata pertama daripada kejohanan ini.
Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Laos pada 24 Disember (Sabtu) di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Featured Image: Syamil Rosli | PFA Malaysia