Penjaring terbanyak saingan Piala AFF 2018 dengan catatan jaringan sebanyak 8 gol, Adisak Kraisorn kini menjadi milik skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC.
Skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner mengesahkan kemasukan penyerang skuad kebangsaan Thailand itu menerusi makluman di laman sesawangnya serta pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
Welcome Adisak Kraisorn pic.twitter.com/c3lFkCtNG2
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 22, 2022
Penyerang berketinggian 1.83 meter (m) ini diberikan kontrak selama satu tahun dengan pilihan untuk memperbaharuinya selama setahun lagi bersama Terengganu.
Selain itu, pihak kelab turut memaklumkan Adisak akan diberikan jersi bernombor 9 untuk digunakannya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023 kelak.
Difahamkan, kemasukan Adisak ini bagi mengisi kekosongan kuota pemain import slot ASEAN yang ditinggalkan oleh Manuel Ott dari Filipina yang berhijrah ke Kedah Darul Aman FC.
Featured Image: Changsuek
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!