Malaysia dan Vietnam menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU).
Difahamkan, MoU bertempoh selama tiga tahun tersebut tujuan untuk mempergiat kerjasama dalam dua perkara iaitu pembangunan pengadil dan bola sepak belia.
Menerusi persefahaman ini, FAM-VFF akan melakukan program pertukaran pengadil dalam perlawanan antarabangsa dan tempatan masing-masing.
FAM dan VFF Jalin Kerjasama Pembangunan
▶️ Baca penuh di https://t.co/AVKSbAiFGo
——
FAM & VFF Partners in Football Development
▶️ Read more at https://t.co/AVKSbAiFGo#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/sBFPpGY0SW
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 26, 2022
Bukan itu sahaja, kedua-dua pengadil Malaysia dan Vietnam turut sama akan berkongsi pengalaman masing-masing dalam bidang professional melalui mesyuarat langsung atau tidak langsung dan kursus latihan.
Selain itu, kedua-dua negara juga akan menghantar skuad kebangsaan belia masing-masing untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dianjurkan.
Tidak dilupakan, MoU ini turut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam.
Untuk makluman semua, pemeteraian MoU ini disempurnakan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman dan Setiausaha Agung VFF, Duong Nghiep Khoi di Hanoi, semalam.
Featured Image: Football Association of Malaysia