Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) terus memperkasakan skuadnya menjelang saingan baharu Liga Malaysia 2023.
Menerusi makluman oleh skuad berjulukan Sang Kenari pada hari ini, pertahanan kelahiran Klang, Selangor yang berusia 20 tahun, Azrin Afiq Rusmini menjadi rekrut terbarunya.
Hoodie man ❌, Sunset mystery guy ❌, but he is young and dangerous. Welcome our new blood…#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #newblood8 pic.twitter.com/lFaCKp1UkF
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 29, 2022
Difahamkan, khidmat graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini diikat oleh Kedah secara pinjaman selama setahun selepas mendapat persetujuan daripada kelab asalnya, Selangor FC.
Turut dimaklumkan, Azrin yang mempunyai ketinggian 1.80 meter (m) ini diberikan jersi bernombor 31 untuk disarungnya sepanjang bersama skuad Hijau Kuning.
Sebagai tambahan, Azrin juga merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia B-23 atau Harimau Muda ketika beraksi dalam kancah Kejuaraan AFF B-23 dan Piala Asia B-23, baru-baru ini.
Featured Image: Selangor FC