Satu-satunya pemain yang berjaya memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele telah meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Difahamkan, legenda bola sepak Brazil itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo akibat kegagalan organ selepas bergelut lama dengan kanser.
REI PELÉ 👑👑👑 pic.twitter.com/epP8zZHRYr
— CBF Futebol (@CBF_Futebol) December 29, 2022
Untuk makluman semua, Pele menempa sejarah sebagai satu-satunya pemain yang berjaya menjulang tiga kejuaraan Piala Dunia selepas membantu negaranya muncul juara pada edisi 1958, 1962 dan 1970.
Pele mempunyai rekod sebanyak 12 gol hasil daripada beraksi di ketiga-tiga edisi kejohanan terbabit.
Secara keseluruhan, beliau mempunyai rekod jaringan sebanyak 77 gol hasil daripada tampil sebanyak 97 kali bersama skuad berjulukan Selecao itu.
Sementara itu, di peringkat kelab, Pele beraksi dengan dua kelab iaitu Santos yang berpangkalan di Brazil selama 18 tahun serta New York Cosmos di Amerika Syarikat selama 2 tahun sebelum menggantung butnya.
Featured Image: New York Cosmos